Persembahan secara langsung Jerat_Percintaan

Pada 30 Oktober 1999, Siti menyanyikan Jerat Percintaan secara langsung di konsert solo pertama beliau, Konsert Live Siti Nurhaliza di Stadium Negara, Bukit Jalil dan memukau penonton yang hadir ke konsertnya. Semasa persembahannya di konsert SATU Konsert Eksklusif Dato' Siti Nurhaliza di Istana Budaya pada 26 hingga 28 Jun 2009,[2] Siti menyampaikan Jerat Percintaan sebagai sebahagian daripada persembahan ketiga beliau menerusi segmen Medley 2: Lagu Hit.[2]

Untuk persembahan beliau di konsert Siti Nurhaliza in Symphony di Dewan Filharmonik Petronas pada 5 hingga 7 Julai 2013,[3] Siti menyanyikan Jerat Percintaan yang diberikan gubahan baru oleh Ahmad Muriz Che Ros sebagai sebahagian daripada medley pertama konsert.[3] Beliau turut menyanyikan lagu sama dalam medley ketujuh di konsert Dato' Siti Nurhaliza Unplugged 2015 pada 7 April 2015, dengan iringan piano oleh Adnan Abu Hassan.[4]

Siti turut menyanyikan Jerat Percintaan dalam versi orkestra di konsert Dato' Siti Nurhaliza & Friends Concert di Stadium Negara, Bukit Jalil pada 2 April 2016,[5] sempena ulang tahun ke-21 penglibatan beliau dalam industri muzik Malaysia dan juga ulang tahun ke-20 album pertamanya dan lagu Jerat Percintaan.[5]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Jerat_Percintaan http://www.astroawani.com/news/show/suara-siti-ins... http://www.budiey.com/konsert-siti-nurhaliza-frien... http://www.budiey.com/konsert-unplugged-dato-siti-... http://i-liriklagu.com/melayu/siti-nurhaliza/siti-... http://www.simplysiti.com/1997/01/01/cabaran-buat-... http://www.sitizone.com http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/200... http://www.nib.com.my/archives/text/view/29025123?... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt...